Monday, 17 October 2022

E-folio Kesihatan Dan Perpaduan Kumpulan 1

E folio 
SEMESTER 3 SESI JULY 2021

JABATAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT (DIGITAL)
NAMA PENSYARAH : USTAZ ADNAN
KELAS: DDT3A 

NAMA AHLI KUMPULAN
  • ANAS MALIQI BIN ROSLY (34DDT21F1043)
  • MUHAMMAD AIMAN ASHRAF BIN MOHD SHUKRI (34DDT21F1015)
  • WAN MUHAMMAD MIFZAL BIN WAN SALAHUDI (34DDT21F1041)
  • AWIS AMIRUL QURNI BIN MAHASSAN (34DDT21F1029)

 


WAN MUHAMMAD MIFZAL BIN WAN SALAHUDI



AWIS AMIRUL QURNI BIN MAHASSAN



ANAS MALIQI BIN ROSLY

 

MUHAMMAD AIMAN ASHRAF BIN MOHD SHUKRI 

ISI KANDUNGAN

  1. Kata-kata aluan
  2. Penghargaan
  3. Objektif kajian
  4. Pengenalan
  5. Kepentingan menjaga kesihatan
  6. Covid 19 melupuhkan dunia
  7. Perpaduan di negara kita
  8. Cabaran dalam mengekalkan perpaduan 
  9. Kesihatan dan perpaduan
  10. Kesimpulan

PENDAHULUAN

Sejak akhir akhir ini, isu yang berkaitan dengan kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia sering kali menjadi isu yang hangat untuk diperkatakan. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, peribahasa ini sesuai dengan tajuk kesihatan dan perpaduan kerana dari aspek lain seperti teknologi ,pendidikan dan sebagainya, negara malasyia sedang  setanding dengan negara negara maju yang lain.Namun, dari aspek kesihatan dan perpaduan negara kita lebih terkebelakang berbanding negara pesat yang lain, oleh itu, masalah seperti ini dapat dibenung disebabkan rakyat malasyai membangun dan mengikut sejajar dengan arus kemodenan.
 
    Walau bagaimanapun, kemajuan dalam bidang teknologi mempunyai kesan baik dan juga buruk. Contoh keburakan kepada kesihatan ialah anak-anak muda pada masa kini lebih cenderung kepada permainan video yang memberi kesan kepada mata dan minda remaja itu sendiri. Dengan itu, seseorang itu malas untuk melakukan senaman dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.Contoh kesan buruk kepada perpaduan kaum adalah seseirang lebih cenderung berinteraksi menggunakaan gajet dan tidak tahu untuk berinteraksi secara bersemuka dengan orang sekililing.

   Oleh itu , isu ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam lagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa. Mari ikuti kami dalam mengupas topik ini dengan lebih mendalam

PERNGHARGAAN

Syukur alhamdulilah terhadap ilahi kerana telah memperlancarkan perancangan  saya dan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan yang telah di amanahkan bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) dengan lancar.

   Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Mohd Adnan Bin Md Noor, selaku pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan kepada kami. Tidak dilupakan juga kepada semua ahli kumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.

 Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya sama ada secara lansung atau tidak langsung.

 

Sekian, terima kasih.


OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Untuk menjelaskan bahawa menjaga amalan hidup sihat juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Untuk menghuraikan kepentingan kesihatan dalam kehidupan bermasyarakat dan Dapat menjelaskan cara mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi dengan semangat perpaduan kaum.Beberapa objektif yang perlu kita capai untuk memupuk masyarakat yang mementingkan kesihatan seiring dengan perpaduan, antaranya:
 
Ø  Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat
Ø  Memupuk sikap positif dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap kesihatan
Ø  Menggalakkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan penyebaran penyakit

PENGENALAN

Kesihatan dan perpaduan rakyat pentingdalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju.Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat.Apabila kesihatan rakyat terjamin,makan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan.Pembangunan negara yang dirancang juga berjalan dengan baik.Malaysia akan menjadi sebuah negara yang Bersatu dan teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang Bersatu padu serta berupaya menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat.Kesejahteraan yang lebih baik juga akan meningkatkan kemajuan rakyat.


Tindakan kerajaan ini ada rasionalnya, demi membendung penularan semula wabak yang boleh melumpuhkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sesebuah negara. 


     Seterusnya, perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu, persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.


KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT


Pada masa kini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran kita terlalu dihidangkan dengan pembanguna yang pesat. Namun disebalik itu, masalah kesihatan awam yang berlaku di negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Poliemik ini boleh diminimakan dengan mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi ia merupakan sebuah kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada ketika ini. Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap perkara untuk dikecapi.

 Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting seperti yang telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan dalam memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat berada pada tahap yang baik. Hasil usaha ini dapat menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada setiap generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat; Badan sihat, otak cergas”.
 



COVID 19 MELUMPUHKAN DUNIA






 tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan kewujudan sejenis virus yang boleh membunuh manusia dalam tempoh masa yang singkat. Coronavirus atau dikenali COVID-19 membuatkan masyarakat dunia dalam keadaan panik.

Virus berkenaan bermutasi sehingga negara-negara mula mencatatkan peningkatan kes kematian, sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia mula menyusun atur langkah-langkah mencegah penularan wabak terbabit.

Hanya dalam beberapa bulan, semua aktiviti harian manusia berubah. Penerbangan mula terjejas, pintu-pintu masuk di setiap negara ditutup, tiada lagi aktiviti luar dan pelbagai aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan seketika.

Dua tahun sudah berlalu dan kita bersyukur kerana Malaysia sudah mula memasuki fasa endemik. Walaupun begitu, kita dinasihatkan oleh kerajaan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti peraturan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika di tempat awam. 

Tindakan kerajaan ini ada rasionalnya, demi membendung penularan semula wabak yang boleh melumpuhkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sesebuah negara.



Kempen berkenaan menggalakkan mereka yang mengalami keadaan yang sukar seperti kekurangan atau tiada lagi sumber makanan untuk mendapatkan bantuan dari masyarakat sekeliling.

Sememangnya negara kita mempunyai ramai warga yang perihatin dengan situasi ini, bukan hanya kerajaan tetapi juga badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan tidak putus-putus memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
COVID-19 memberikan kesan yang sangat mendalam kepada kehidupan manusia sejagat, pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjejas, pusat kesihatan serta rawatan menerima beban yang berat daripada sebelumnya, ramai keluarga kehilangan insan tersayang serta interaksi manusia secara bersemuka makin berkurang.

Diharapkan pada tahun ini, negara-negara di dunia khususnya Malaysia semakin pulih, supaya kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.



PERPADUAN DI NEGARA KITA


Perpaduan kaum, seiring dengan pembangunan dan ekonomi yang pesat, merupakan salah satu faktor penting yang membolehkan Malaysia mencapai status negara maju. Hal ini demikian kerana, Kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan pembangunan ekonomi semata malah dari segi kebudayaan, kesukanan mahupun kesihatan.




 Perpaduan bermaksud hubungan yang erat dalam menyatupadukan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Perpaduan adalah bertujuan untuk membentuk satu indentiti dan perasaan cinta dan bangga akan negara. Seperti yang sering diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan hidup secara harmoni.

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum ialah Rakyat Malaysia seharusnya tidak mencetuskan provokasi kaum dan menyentuh sensitiviti kaum yang lain. Hal ini sangat penting demi menjaga keamanan sesebuah negara. Sekiranya isu tersebut berlaku, ia akan menyebabkan perpecahan dan membolehkan negara kita dijajah semula.

Terdapat pelbagai aktiviti perpaduan di Malaysia dalam kalangan masyarakat. Antara contoh perpaduan kaum di Malaysia yang sering kita lihat adalah aktiviti gotong-royong di kawasan taman-taman perumahan. Masyarakat Malaysia kini, hidup berjiran dengan pelbagai kaum. Mereka akan bersama-sama membersihkan kawasan taman perumahan. Dengan ini, kita dapat lihat mereka akan lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi sesama mereka.




ETIKA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 


Wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbezaan dan konflik dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Antara etika yang perlu dipatuhi untuk mengekalkan perpaduan di Malaysia adalah.Ibu bapa perlu menanamkan semangat perpaduan antara kaum sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebunnya.selain itu,Tidak meletakkan sebarang batasan untuk bergaul dengan sesebuah atau sesuatu kaum dan agama.hal ini dapat mengelakkan sifat rasis dalam diri anak anak dari terbentuk.seterusnya dengan mencegah sifat yang dapat menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama.selain itu,media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.Akhir sekali,Kerajaan juga perlu mengambil inisuatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat antara satu sama lain.


LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA

Antara langkah-langkah untuk memupuk Perpaduan di Malaysia adalah dengan menghormati dan mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua memelihara keharmonian setiap agama dianuti serta mempunyai sikap memahami, menghormati dan toleransi terhadap kepelbagaian agama diterapkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Seterusnya,adalah dengan membentuk masyarakat berkeperibadian yang tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.Selain itu,Meningkatkan pemahaman dan penghayatan sejarah Malaysia.Akhir sekali dengan Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup.

 

KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA


perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia adalah satu perkara penting bagi mengekalkan kestabilan politik,mengekalkan keharmonian negara dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi. Oleh yang demikian, semua rakyat termasuklah kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan bagi meningkatkan dan mengekalkan perpaduan demi mewujudkan sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang pelbagai kaum supaya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam mengambil langkah untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam perpaduan dan menaikkan nama Malaysia sehingga ke peringkat dunia.




CABARAN DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN

 

Parti Politik yang berasaskan perkauman.Terdapat beberapa parti-parti politik utama di negara kita adalah berasaskan kaum seperti UMNO,MCA dan MIC berwakili kaum Melayu,Cina dan India masing-masing. Parti berasaskan kaum akan menyukarkan perpaduan kaum dicapai di atas sebab parti politik berasaskan mungkin menyatakan kata-kata yang cedera kaum untuk dapat sokongan dalam pilihanraya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita.

 

Media Sosial.Media Sosial juga antara cabaran dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum negara kita. Media Sosial telah menjadi platform utama untuk mendapat maklumat terbaru dalam kalangan masyarakat, seperti Facebook, Whatsapp dan TikTok. Kebanyakkan orang mudah mempercayai berita yang dapat daripada media sosial dan terdapat banyak berita fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman akan memyebabkan tentangan antara kaum berlaku. Sebagai contoh, terdapat seorang warganet berkongsi tuturan seperti ini "BAM kutip india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA" di Facebook telah menyentuh hati kaum india dan kata-kata seperti ini akan menyebabkan pententangan kaum. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.


Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum.Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.

 

Sektor ekonomi yang berbeza.Perkerjaan dalam bidang ekonomi yang berbeza antara kaum juga menyukarkan perpaduan kaum dicapai. Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Pada masa kini, masalah ini masih kekal walaupun kebanyakkan orang telah bekerjaan di bandar tetapi sebahagian syarikat memilih pekerja berasaskan kaum.


KESIHATAN DAN PERPADUAN


Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan setiap masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara\ kaum kerana masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain.


Seterusnya, perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu, persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.

   Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang besar dalam kesihatan. Mereka berganding bahu  bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perbuatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.

   Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.

        Kajian menunjukan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa mereka berasa gembira berkawan dengan rakan berlainan bangsa dimana mereka juga mengakui bahawa mereka bersama-sama jiran-jiran mereka saling menhormati. Malah mereka juga boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan berlainan bangsa serta mampu menjalankan pelbagai aktiviti bersama-sama.
 

 Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ruth etai (2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian mereka menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan rakan yang berlainan kaum dan berasa selesa dibawah kepimpinan yang berlainan kaum.

    Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan usaha untuk menambah baik asas system kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyelia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar, khususnya bagi masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.

  Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan diperluas. Ini termasuk peluang perkhidmatan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah. Orang asli di semenanjung Malaysia, dan kawasan luar Bandar dan pendalaman di Sabah dan Sarawak.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, yang dapat kita huraikan adalah tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Hal ini, jalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan tonggak utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa adanya perpaduan, yang utuh, maka keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati. Oleh itu, setiap rakyat mestilah mempunayi peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara supaya negara sentiasa kekal aman dan harmoni.

 

Untuk kesihatan pula, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berganding bahu untuk mengekalkan dan mengamalkan amalan dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan setiap rakyat. Selain itu, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang juga perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia supaya dapat mengelakkan diri kita daripada sebarang penyakit berjangkit. Oleh itu, setiap rakyat perlu tahu bertapa pentingnya menjaga kesihatan diri supaya kadar penyakit berjangkit dapat menurun dan dapat menjadi rakyat dan negara bebas daripada penyakit berjangkit.


 

 




 


 





 

 

 

 

 



 

















No comments:

Post a Comment

E-folio Kesihatan Dan Perpaduan Kumpulan 1

E folio  SEMESTER 3 SESI JULY 2021 JABATAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT (DIGITAL) NAMA PENSYARAH : USTAZ ADNAN KELAS: DDT3A  NAMA AHLI KUMPULAN ANAS...